Google

Sunday, February 11, 2007

Forex, Forex and Forex

Aku membawa minda kamu semua ke arah kehidupan perniagaan. Perniagaan apa?? Forex laa, kita usaha sendiri untuk mendapat beberapa sen yang diniagakan. Jangan mengharapkan orang untuk mengisi perut kita yang sememangnya akan boroi jugak.. (aku tidak..) yer laa sikap kita ni suka kepada jalan mudah. Terutamanya nak jadi broker, apa saja laah.. broker pasir laut, broker tender kerajaan dan lain-lain lagi yang hanya mengharapkan duit pihak ketiga masuk kedalam saku kita. Aku dah berpengalaman dalam semua ini... Bukan nak menjatuhkan maruah mereka, ada jugak yang berjaya dan jadi jutawan hasil kerja sebagai broker !!. Namun lebih ramai broker-broker kecil ini masih menanti saat bahagia yang entah bila akan muncul. Itu lah nasib si broker kecil... yang di atas sana dah kenyang (broker besar). Namun itu lah realiti kehidupan kita selama ini.
Pada masa sekarang jugak oleh kerana keghairahan internet, terdapat banyak pelaburan berbentuk HYIP (High Yeild Investment Program), Autosurf dan lain-lain laa banyak sangat sekarang sehingga tak tersebut dibuatnya. Yang ni pun satu... mula-mula syarikat pelaburan (HYIP) tunjuk prestasi baiklahh .. bayar kali pertama, bayar kali kedua.. kita pun dah rasa syok.. maka kita pun dengan yakinnya mengajak kawan-kawan untuk 'join' bersama dalam program tu.. setidak-tidaknya dia dapatlah 'referral comission'. Bila dah banyak wang telah dilaburkan, kita pun mengharapkan pulangan yang tinggi laa. Namun seperti tulang ikan terlekat celah halkum (kerongkong laa) tak samapai-sampai jugak duit tu... dalam e-gold dah berpuluh kali tengok.. hampeh takde pun.. kawan yang dulu ajak masuk menghilang @ pun dia pun sama senasib dengan lu.. hehehe..
Memang laa semua pelaburan ada risikonya. Apa risikonya? Tentulah untung dan rugi. So, apa kata aku mentazkirahkan kepada kamu semua beralihlah ke dunia FOREX. Dunia yang penuh dengan ilmu pengetahuan, mencabar dan risiko adalah milik kita !!. Aku kat sini bukannya nak jual barang, aku cuma nak kita rajin berusaha... banyak membaca bab dunia luar. Salah satu dunia FOREX adalah kita banyak mengetahui situasi politik dan agenda negara asing (bukan lahh sepenuhnya) tapi sekurang-kurangnya kita menjadi pemuda/pemudi yang berilmu dan berpengetahuan !!. Tapi perlu di ingatkan pelaburan dalam FOREX bukan kita boleh jadi jutawan sekelip mata... ini urusniaga yang perlu kita ambil menafaat sepenuhnya.
Dalam diari-diari yang akan datang aku akan tunjukkan teori-teori dan skil dalam urusniaga FOREX. ok see you soon.